Saturday, August 4, 2012

PELABURAN EMAS PELABURAN BIJAK...

Pelaburan emas merupakan pelaburan yang amat sinonim dengan sesetengah penduduk Malaysia yang sedar akan kepentinganya. Kalau cakap tentang emas perkara yang terlintas dalam diri kita adalah sesuatu nilai kekayaan yang kalis inflasi dan tidak dipengaruhi oleh sistem kewangan yang kebanyakan berunsurkan riba. Kini pelaburan emas dimalaysia menjadi trend an berkembang pesat namun keghairahan manusia mengejar kekayaan menyebabkan segelintir daripada mereka terjebak dengan perkara-perkara yang merugikan diri mereka sendiri. MENGAPA PERLU MELABUR DALAM EMAS??? Kebanyakan daripada masyarakat kita belum sedar akan kepingan emas berbanding wang kertas. Kejatuhan ekonomi di eropah menjadikan komoditi emas menjadi pelindung kepada sistem kewangan dan ekonomi kepada Negara tersebut kerana mereka sedar dengan menyimpan emas ekonomi dapat dilindungi dari kegagalan sesebuah Negara yang mempunyai kuasa automi terhadap ekonomi dunia dan mencetak duit dengan sesuka hati. Berikut merupakan antara sebab mengapa emas adalah antara komiditi yang baik untuk disimpan: (1) kalis inflasi – emas adalah penyubur kepada kekayaan seseorang individu, dengan menyimpan emas kekayaan yang dimiliki oleh seseorang individu itu tidak akan susut dimamah masa malah harta kekayaanya dapat diwarisi kepada generasi yang akan datang. (2) Pemilikan Mutlak- pemilikan mutlak disini bermaksud dengan menyimpan emas kita sebenarnya mengawal sendiri kekayaan yang dimiliki oleh kita tanpa dipengaruhi oleh institusi kewangan atau kerajaan yang memerintah.perkara ini penting jika sesebuah Negara menagalami kegagalan ekonomi yang mendadak maka sistem kewangan akan hancur dan matawang Negara tersebutkan akan jatuh contoh terbaik adalah dengan melihat kepada sistem matawang Zimbabwe yang hancur sama sekali.jika ini yang berlaku maka wang yang disimpan sama ada dirumah atau dibank akan hilang nilainya.oleh itu , emas merupakan alternative terbaik dalam melindungi aset peribadi kita dari sebarang perkara yang tidak diingini. (3) Kegunaan Emas/ kecairan yang mudah- Emas wujud sejak dahulu lagi, penggunaan emas yang meluas menjadikan emas antara komoditi yang menjadi pilihan oleh penduduk setiap Negara. Emas sentiasa mempunyai pemintaan yang tggi sama ada daripada pelabur atau mana-mana pihak yang berkepentingan dan pada masa yang sama mengalami penurun dalam pengeluaranya. Di Malaysia emas seperti baranga kemas mudah untuk dicairkan jika kita memerlukan wang kertas dimana-mana cawangan arrahnu , perkara ini terjadi kerana kesedaran masyarakat yang tggi terhadap nilai sebenar matawang itu sendiri.

Saturday, March 17, 2012

PELABURAN EMAS DI MALAYSIA...

DILEMA BARANG KEMAS...PELABURAN ATAU PEMBAZIRAN...


salam sejahtera...

lama juga saya x tulis blog bukan apa sibuk dengan keje2 kat ofis...hehehe...so pos kali ni saya nak kongsikan pilihan emas yang ada dalam pasaran terutamanya dinegara kita ini dan kelebihanya...bukan apa ada org cakap beli dinar...jongkong...lebih baik dari beli barang kemas...bagi pendapat saya sume itu bergantung kepada niat sebenar kita memiliki emas...nah berbalik kepada pilihan emas yang ada di Malaysia ni...jom kita tengok perbezaan anatara barang kemas dan jongkong serta dinar dalam kontek pelaburan...

barang kemas sering kali dikatakan sebagai emas bukan pelaburan ...pendapat ini benar dari konteks pelaburan namun perlu di ingatkan barang kemas bole menjadi harta yang boleh memberikan pulangan lumayan juga dan boleh diwarisi kepada anak cucu kita nanti...jika kita beli barang kemas walawpun spreadnya dikatakan besar dan tidak sesuai dijadikan pelaburan sekitar 20 – 25% tetapi emas ini bole dimiliki terus oleh pemiliknya tanpa perlu menjualnya kepada pihak syarikat yang menjual produk tersebut…mesti ramai akan cakap habis mcm mana nak pusing modal kalau dah x boleh dapatkan untung…hehehe…mcm biasa la kitakan ada sistem pajak gadai islam ( arrahnu) yg kini tumbuh mcm cendawan kat Malaysia ni…bila kita arrahnu emas yg kita pajak itu masih boleh dimiliki semula dan hanya dikenakan cas penyimpanan…jadi emas itu masih dimiliki oleh pemiliknya…perkara yg berbeza dengan jongkong dan syiling emas kerana buat masa sekarang arrahnu tertentu sahaja yg menerima untuk pajakan.
Nah…jadi berbalik kepada niat kita jika tujuan kita untuk melindungi harta kita dari inflasi maka emas adalah komoniti yg paling sesuai… diingatkan barang kemas juga merupakan bentuk pelaburan…dan merupakan harta yg dapat diwarisi…Cuma barang kemas memerlukan masa yg agak lama untuk memberikan keuntungan berbanding jongkong dan dinar…
JIKA ASALNYA EMAS …BENTUK APA PUN TERHASIL…DIA TETAP EMAS DAN BERNILAI…JADI PILIH LA EMAS UNTUK MELINDUNGI KEWANGAN ANDA UNTUK MASA AKAN DATANG….BERINGAT SEBELUM TERLAMBAT…BAK KATA ORG TUA2 SEDIAKAN PAYUNG SEBELUM HUJAN….:) SEKADAR PERKONGSIAN PENDAPAT…

Wednesday, January 25, 2012

Analogi pelaburan emas ( arrahnu dan emas simpanan sendiri )

Salam..
Ehehheh first pos ni bagi blog yang baru je dibina...ermmm... Santai2 lu lah xnak peningkan kepala...ok kekayaan merupakan sesuatu yang diidamkan oleh semua orang...wlwpn wang ringgit itu bukan keutamaan kita tapi untuk survive kat muka bumi ni perlukan duit betul x...so hari ni saya nak sembang tentang apa yang dimaksud kan dengan pelaburan emas....bila sebut emas semua orang akan fikir tentang logam yang yg lembut dan bersinar...malah bukan tu je harga emas juga merupakan antara benda yg mahal dimuka bumi ni...so ringkas kata kalau ada je isu emas timbul ke..pasir ada emas mesti makcik2 pakcik2 dan seluruh angkatan keluarga akan turun bersama2 wat side income mendulang
Hehehe...hebat x logam ni...malah kalau kita tengok berita ada yg merompak mencuri untuk dapatkan emas...ermmm.... Tapi ni jenyah x elok kita lakukan ingat tu...

Ok dah tahu emas bernilaikan...hehehhe....mesti ada yg cakap ala sume pun tahu emas tu nilai oiiii...budak2 pun tahu....ok2... Yes sume org tahu emas bernilai...tapi x sume org tahu mcm mana nak jadikan emas tu aset berharga ...nah....betul x... Soalan saya penah x g kedai emas???? Yang makcik2 kakak mesti la ckp penah la abg ensem oii....opsss hehehhe...mcm mana pula cik abg diluar sana penah g x...mesti ada juga yg ckp wat pe g kami bukan pompuan x pakai emas la haramm....yup mmg haram ingat k x bole pakai emas bg lelaki...nah nmpknye yg ckp mcm tu belum tahu la tu kepentingan emas.....

Kita penah dengar side incom...saya sendiri ada kerja tetap..bulan2 ada gaji...kadang2 terfikir juga kalau la dpat manfaatkan gaji tu mesti dapat tambah pendapatan setiap bulan betul x...single gi saya ni...hehe...nk kawin g...sume perlu duit...so saya saya cadang kita kembangkan modal dari gaji kita tu dengan pelaburan emas...hahahahha mesti ada yg dah pening...dan mesti tersenyum2 bila dgr pelaburan pelaburan mana xnya dah berketul2 dlm bank...hehe syabas klu yg dah mula dah mulakan ...mcm ikhlan bank rakyat saya mesti pilih...

pk kita sambung cite kita ok kawan2... pelbagai jenis peluaang pelaburan emas yang ditawarkan oleh negara kita antaranya melalui beberapa buah bank tempatan dan juga bank asing malah beberapa buah syarikat swata juga turut terlibat dlm menawarkan pelaburan emas fizikal antaranya seperti poh kong...habib...public gold dan bnyk lagi la yang tumbuh seperti cendawan tapi kita kena bijak dalam memilih supaya pelaburan yg kita libatkan diri itu memberikan pulangan yang setimpal dengan modal yang kita kuarkan... ok lah saya pun xnak cakap banyak sangat t ada plak yang tidur heheheh....next pose saya akan tunjukan beberapa contoh pelaburan emas yang wujud dibumi bertuah malaysia ni... jadi saya harap kepada semua yang mengikuti blog saya ni sentiasa memberikan sokongan kepada saya agar saya dapat memberikan lebih bnyk pendapat saya dalam dunia pelaburan ni...ok semua tggu next pos saya k...insyallah...jumpa lagi k assalammualaikum...;)