Saturday, August 4, 2012

PELABURAN EMAS PELABURAN BIJAK...

Pelaburan emas merupakan pelaburan yang amat sinonim dengan sesetengah penduduk Malaysia yang sedar akan kepentinganya. Kalau cakap tentang emas perkara yang terlintas dalam diri kita adalah sesuatu nilai kekayaan yang kalis inflasi dan tidak dipengaruhi oleh sistem kewangan yang kebanyakan berunsurkan riba. Kini pelaburan emas dimalaysia menjadi trend an berkembang pesat namun keghairahan manusia mengejar kekayaan menyebabkan segelintir daripada mereka terjebak dengan perkara-perkara yang merugikan diri mereka sendiri. MENGAPA PERLU MELABUR DALAM EMAS??? Kebanyakan daripada masyarakat kita belum sedar akan kepingan emas berbanding wang kertas. Kejatuhan ekonomi di eropah menjadikan komoditi emas menjadi pelindung kepada sistem kewangan dan ekonomi kepada Negara tersebut kerana mereka sedar dengan menyimpan emas ekonomi dapat dilindungi dari kegagalan sesebuah Negara yang mempunyai kuasa automi terhadap ekonomi dunia dan mencetak duit dengan sesuka hati. Berikut merupakan antara sebab mengapa emas adalah antara komiditi yang baik untuk disimpan: (1) kalis inflasi – emas adalah penyubur kepada kekayaan seseorang individu, dengan menyimpan emas kekayaan yang dimiliki oleh seseorang individu itu tidak akan susut dimamah masa malah harta kekayaanya dapat diwarisi kepada generasi yang akan datang. (2) Pemilikan Mutlak- pemilikan mutlak disini bermaksud dengan menyimpan emas kita sebenarnya mengawal sendiri kekayaan yang dimiliki oleh kita tanpa dipengaruhi oleh institusi kewangan atau kerajaan yang memerintah.perkara ini penting jika sesebuah Negara menagalami kegagalan ekonomi yang mendadak maka sistem kewangan akan hancur dan matawang Negara tersebutkan akan jatuh contoh terbaik adalah dengan melihat kepada sistem matawang Zimbabwe yang hancur sama sekali.jika ini yang berlaku maka wang yang disimpan sama ada dirumah atau dibank akan hilang nilainya.oleh itu , emas merupakan alternative terbaik dalam melindungi aset peribadi kita dari sebarang perkara yang tidak diingini. (3) Kegunaan Emas/ kecairan yang mudah- Emas wujud sejak dahulu lagi, penggunaan emas yang meluas menjadikan emas antara komoditi yang menjadi pilihan oleh penduduk setiap Negara. Emas sentiasa mempunyai pemintaan yang tggi sama ada daripada pelabur atau mana-mana pihak yang berkepentingan dan pada masa yang sama mengalami penurun dalam pengeluaranya. Di Malaysia emas seperti baranga kemas mudah untuk dicairkan jika kita memerlukan wang kertas dimana-mana cawangan arrahnu , perkara ini terjadi kerana kesedaran masyarakat yang tggi terhadap nilai sebenar matawang itu sendiri.