Tuesday, October 7, 2014

ASB PELABURAN YANG MENGUNTUNGKAN….

Amanah saham bumiputera merupakan antara  pelaburan  amanah saham yang dijamin oleh kerajaan. Menabunglah dari sekarang kerana masa merupakan penentu kepada keuntungan sesuatu pelaburan melalui kompaun  yang berlaku. Menyimpan memerlukan kesabaran  dan motivasi yang tinggi. Kebanyakan bumiputera sekarang lebih selesa memilih pinjaman untuk melakukan pelaburan, bagi aku tak salah pun asalkan ada inisiatif untuk menabung tapi aku lebih suka menabung secara bulanan melalui gaji…. Senang je kadang2 aku g pejabat pos kalau dah malas sangat transfer je pakai maybank2u hasilnya alhamdullilah dah mencecah 5 digit sudah. Kalau dapay banyak kita simpan banyaklah kalau dapat sedikit kita simpan sedikit la fleksible x perlu risau komitmen bayar bulanan dekat bank hehehehe….aku rasa 3 bulan lagi target boleh dapat 6 digit hehehe mudahan2… 3 tahun masa aku ambil untuk memenuhkan separuh daripada had simpanan ASB ni. Orang tua-tua penah cakap dimana ada kemahuan disitu ada jalan… x hairanlah ada orang kaya dan miskin… untuk jadi kaya bukan bergantung kepada berapa banyak gaji kita atau berapa lama kita bekerja tapi bergantung kepada berapa banyak kita menabung setiap bulan. X guna kalau gaji besar tapi semua potong wat bayar hutang yang x berguna…mudahan2 perkongsian ini member motivasi kepada kita bersama… .
orang berjaya adalah orang yang tidak memberi alasan....

Saturday, July 12, 2014

HOW TO BECOME A RICH PERSON


Wealth is important in determining an individual's economy. There are various steps that can be taken to ensure that the individual is financially independent in turn called the rich or a millionaire. Here are some steps you can take to ensure that we all move forward in becoming rich.
financial management to ensure the future ..

FIRST: DEBT MANAGEMENT
The important thing in ensuring the success of an individual to be rich is to manage all debts properly and systematically piutangnya. This is important in ensuring that the debt can be paid on time to avoid it went bankrupt and subsequently cause an individual to be in an unstable state financially.

TWO: PRACTICE THE MONEY STORE
Among the most important attitudes become rich is to make the process of keeping a habit of life. By doing indirectly keep making people richer with the times, so do not be surprised if we see many of the rich getting richer. Keeping also require an effective strategy, if keeping with the traditional way will cause the money we can not grow and member returns in the long run so do investment in any financial instruments that are recognized by the State to prevent bank fraud.

THIRD: COLLECT ASSETS.
Most rich people more cenderungan to accumulate assets over liabilities. This is important because the assets is an important vehicle which can increase the wealth of an individual in a long time. Therefore, if we want to be rich seoarang mandatory for us to gain a better understanding of asset classes and libailiti so we do not make mistakes in membelanjan money available to us and setrusnya cause significant losses in the future.

TO FOUR: DO BUSINESS / PASSIVE INCOME SOURCE
Business is a key factor in increasing one's wealth. Yet in doing business seseoarang should ensure that they have adequate knowledge and a strong marketing network to ensure the business is done to provide maximum returns to them. For wage earners are looking for passive income to increase their income and thus can be an additional income thereby increasing their wealth.
There are many more steps that we can take in increasing our wealth in the future. Early action can change someone's life in the future. Walaw whatever we do to make sure every property sought cleaned tithe and make sure we use all the riches bestowed by Allah's good pleasure to ways of life that we are blessed in this world and the Hereafter.

Friday, July 11, 2014

CARA MENJADI ORANG KAYA




Kekayaan merupakan perkara penting dalam menentukan ekonomi seseorang individu. Terdapat pelbagai langkah yang boleh di ambil dalam memastikan seseorang individu itu menikmati kebebasan kewangan seterusnya bergelar orang kaya atau jutawan. Berikut merupakan antara langkah yang boleh diambil dalam memastikan kita semua bergerak kehadapan dalam menjadi orang kaya.
pengurusan kewangan menjamin masa hadapan..

PERTAMA : PENGURUSAN HUTANG
Perkara penting dalam memastikan keberhasilan seseorang individu menjadi kaya adalah dengan menguruskan segala hutang piutangnya dengan baik dan sistematik. Perkara ini penting dalam memastikan segala hutang yang dilakukan dapat dibayar tepat pada masanya bagi mengelakan diistihar muflis dan seterusnya menyebabkan seseorang individu berada dalam keadaan yang tidak stabil dari segi kewangan.

KEDUA : AMALAN MENYIMPAN WANG
Antara sikap yang terpenting dalam menjadi orang kaya adalah dengan menjadikan amalan menyimpan sebagai tabiat kehidupan.  Dengan melakukan simpan secara tidak langsung menjadikan seseorang itu lebih kaya selari dengan peredaran masa, jadi tidak hairan lah kalau kita lihat ramai orang kaya makin kaya. Menyimpan juga memerlukan strategi yang berkesan, jika menyimpan dengan cara tradisional ini akan menyebabkan wang kita tidak dapat berkembang dan member pulangan  dalam jangka masa yang lama oleh itu lakukan pelaburan dalam mana-mana instrumen kewangan yang diiktiraf oleh bank Negara bagi mengelakan berlaku penipuan.

KETIGA : MENGUMPUL  ASET.
Kebanyakan orang kaya lebih cenderungan untuk mengumpul aset berbanding liabiliti. Perkara ini penting kerana aset merupakan wahana penting yang dapat meningkatkan nilai kekayaan seseorang individu dalam jangka masa yang lama. Oleh yang demikian ,jika kita ingin menjadi seoarang yang kaya wajib bagi kita untuk mengetahui dengan lebih mendalam kelas-kelas aset dan libailiti supaya kita tidak melakukan kesilapan dalam membelanjan duit yang ada pada diri kita dan setrusnya menyebabkan kerugian yang besar dimasa akan datang.

KE EMPAT:  MELAKUKAN PENIAGAAN/SUMBER PENDAPATAN PASIF
Peniagaan merupakan kunci utama dalam meningkatkan kekayaan seseorang. Namun dalam melakukan peniagaan seseoarang itu perlulah memastikan mereka mempunyai ilmu yang mencukupi dan mempunyai jaringan pemasaran yang mantap bagi memastikan peniagaan yang dilakukan dapat  memberikan pulangan yang maksimum kepada mereka. Bagi yang makan gaji pula mencari pendapatan pasif  dapat meningkatkan sumber pendapatan mereka dan seterusnya dapat menjadi pulangan tambahan seterusnya meningkatkan kekayaan mereka.
Terdapat banyak lagi langkah-langkah yang kita boleh ambil dalam meningkatkan  kekayaan kita dimasa akan datang. Tindakan awal sesorang itu dapat mengubah kehidupannya dimasa akan datang. Walaw apa pun yang kita lakukan pastikan setiap harta yang dicari itu dibersihkan dengan berzakat dan pastikan kita menggunakan segala kekayaan yang dianugerahkan oleh Allah swt ke jalan yang diredhainya agar kehidupan kita diberkati didunia mahupun diakhirat kelak.

Monday, May 12, 2014

BAJET DEFISIT VS BAJET SURPLUS




Selamat sejahtera semua pembaca blog warehouse wealth semoga semua sihat-sihat hendakNya. Hari ni nak bincang sedikit mengenai bajet deficit dan bajet surplus. Kedua-dua jenis bajet ini penting dalam menentukan hala tuju kewangan sesebuah Negara, syarikat atau seseorang individu itu. Tetapi untuk kali ini kita cakap mengenai individu saja dan bagaimana bajet ini mempengaruhi seseorang dalam mengecapi kebebasan kewangan dan juga pembelajaan mengikut kemampuan tanpa menghadapi masalah dalam kehidupan harian berkaitan dengan kewangan.
Menurut pembacaan admin, bajet deficit bagi individu bermaksud /terjadi apabila seseorang idividu itu berbelanja lebih berbanding pendapatan dimana mereka lebih suka mengumpul banyak hutang dan kesanya mungkin menyebabkan individu berkenaan  akan diistiharkan muflis jika didapati tidak dapat menyelesaikan hutang mereka.
Bajet surplus pula merupakan bajet dimana terdapat lebihan pendapatan ke atas pebelanjaan bagi seseorang individu bagi tempoh masa tertentu. Dalam memastikan setiap individu mempunyai bajet surplus mereka perlu meningkatkan sumber pendapatan agar sumber pendapatan adalah melebihi perbelanjaan mereka dimasa akan datang. Perkara ini penting dalam menghasilkan /memastikan kelangsungan ekonomi yang mampan kepada individu berkenaan.
Namun admin berpendapat dalam memastikan seseorang individu mempunyai sumber pendapatan berlebihan, tidak bermaksud mereka perlu hidup dengan mengurangkan perbelanjaan sebaliknya mereka perlu menukarkan “konsep perbelanjaan” selepas gaji sebagai simpanan atau pelaburan. Ini bererti selepas gaji seseorang individu perlulah melakukan pelaburan atau simpanan tanpa gagal dan meletakan perkara ini sebagai perbenjaan wajib bagi mereka dalam menghasilkan bajet surplus dan seterusnya meningkatkan kekayaan bagi seseorang individu sepanjang kehidupan mereka.
Admin berharap perkongsian tidak seberapa ini dapat dijadikan sebagai ilmu kepada semua pembaca warehouse wealth.  Terima kasih kerana sudi meluangkan masa membaca blog admin..support admin untuk keluarkan lebih banyak artikel yang lebih berkualiti dimasa akan datang dengan klik kepada iklan yang terdapat dalam blog ini sebagai tanda sokongan anda… TERIMA KASIH DAUN KELADI …DAN DATANG LAGI…J

Saturday, May 10, 2014

Jom berjimat...

Hasil berjimat cermat...( wlwpn gambar diperoleh dari www.google.com)

salam sejahtera....
nampak x apa yang saya nampak kat atas tu hehehe... bnyk x...wlwpn hanya gambar hiasan tapi nak dapat banyak itu bukan suatu yang mustahil...buktinya saya sendiri dah berjaya lakukannya...( cakap bole la entah-entah tipu jerrr  ) hehehe... mesti benda tu yang korang cakap dalam hati kan hehehe... xpe2 xpenting betul atau tidak yang penting adalah tajuk yang saya pos diatas tu... agak2 apa yang boleh menyebabkan kita dapat lebih banyak duit seperti diatas atau mungkin lebih dari itu????
kalau dari pembacaan saya bnyk blog2 berkongsi pelbagai kaedah untuk meningkatkan kekayaan kita ...ada yang cakap bisnes... ada cakap labur dan mcm2 lagi la... semua ini betul xde pun yang salah cuma klu yg kena tipu tu masak juga la ...hangus duit korang ...
sebenarnya kita boleh mula menjadi kaya dengan " kayakan sikap kita" maksud saya kita kena didik diri kita untuk jadi kaya... kalau kita hanya mempunyai sikap boros sampai bila pun kehidupan kita tidak akan berubah selamanya...
ada pelbagai kaedah penjimatan yang kita boleh lakukan... dari kumpul duit syiling sehingga lah melakukan penyimpanan  dalam skala yang besar... bagi saya sy mula didik diri saya untuk mengawal nafsu dari membeli barang yang tidak diperlukan... benda ni penting dan hasilnya memang diluar jangkaan... saya jamin jika tuan-tuan jenis yang bersikap sederhana tuan-tuan dapat mengubah corak kehidupan dimasa akan datang...
saya masih ingat mula-mula saya kerja...apa pun sy xde skrg Alhamdullilah berkat kesabaran saya sya suda memiliki kediaman sendiri...dan saham....( contoh x seberapa) tapi sy yakin semua orang boleh berubah jika mereka percaya bahawa mereka boleh melakukan... jika jangan sekadar menaruh harapan dengan orang lain untuk membantu kita sebaliknya kita sendiri perlu berubah kearah yang baik demi kesinambungan ekonomi yang mampan dimasa akan datang....

Sunday, May 4, 2014

RAMALAN DIVIDEN ASB BAGI TAHUN 2014



Ramalan Dividen ASB 2014
Pada tahun 2013 PNB Telah mengumumkan agihan pendapatan bagi amanah saham bumiputera sebanyak 7.70% ( dividen ) manakala 1.00% ( agihan bonus) kepada semua pemegang unit amanah ASB.  Bagi pendapat saya dividen ASB tahun ini akan mengalami peningkatan berbanding tahun 2013 atas faktor ekonomi Negara yang akan dipancu oleh kemasukan pelaburan asing hasil rundingan kerajaan dengan pihak luar.
Hasil daripada pemerhatian saya keatas agihan pendapatan ASB sejak dipekenalkan menunjukan apabila OPR dinaikan oleh bank Negara agihan pendapatan ASB juga meningkat berbanding ketika pengumuman OPR yang lebih rendah. Menurut daripada pembacaan saya  pada tahun ini berkemungkinan OPR akan meningkat sekali gus akan meningkatkan agihan pendapatn pemegang unit ASB. Namun perkara ini  sesuatu yang kurang enak didengari bagi individu yang membuat pinjaman bank kerana peningkatan OPR ini akan menyebabkan BLR sesuatu pinjaman akan meningkat dan menyebabkan kadar interest pinjaman ( bayaran bulanan) akan meningkat.
Saya meramalkan dividen tahun ini akan meningkat sekurang2nya 1 % sama ada bagi dividen atau bonus ( hehe …harap2 betul) bukan apa dividen tahun 2013 telah merosot berbanding dengan pada tahun 2012. Bagi saya sesuatu perlu dilakukan oleh pihak PNB dalam memastikan keadaan ini berubah dan sekali gus meningkatkan keyakinan pelabur seperti saya dimasa akan datang…apa pun kita kena sentiasa berusaha meningkatkan kewangan kita bagi memastikan kelangsungan ekonomi kita dan keluarga dimasa akan datang…:)


Friday, May 2, 2014

adakah emas suatu pelaburan???? atau sebagai insuran kekayaan?

salam sejahtera saya ucapkan kepada pembaca blog gedung kekayaan...terima kasih sekali lagi kerana sudi melawat blog saya untuk mendapatkan sedikit sebanyak megenai pelaburan... ini adalah post pertama saya bagi tahun 2014 hehehe... kesibukan kerja menyebabkan saya tidak punya banyak waktu untuk berkongsi mengenai pelaburan...
ok...berbalik kepada tajuk yang saya pos diatas mengenai pelaburan emas... saya ada terbaca mengenai emas sebagai insuran kekayaan...bila difikirkan semula ada logiknya juga....tapi bagi sy tidak kisahla sebagai pelaburan atau insuran emas tetap dihati hehe...

                                                        Emas sebagai insuran(kijang emas)....

Menurut daripada pembacaan saya... emas bukan lah suatu pelaburan atau dalam erti kata lain emas bukan pelaburan yang baik kerana merupakan komoditi yang mempunyai turun naik harga dari segi wang kertas ( fiat money) oleh itu bagi pelabur yang memerlukan keuntungan yang pantas dan cepat jauhi emas kerana perkara ini boleh menyebabkan anda kerugian dalam tempoh yang agak lama ( kalau disandarkan kepada nilai ringgit)... sebaliknya jika emas dijadikan insuran jika pembelian dilakukan bagi menyokong simpanan ringgit yang dilakukan tidak kira dalam insrumen pelaburan apa sekali pun... perkara ini penting dan bagaimana ini boleh dilakukan??? jadikan 20-30 % kekayaan anda dalam bentuk emas ( bertindak sebagai insuran ) kepada jumlah simpan ringgit/ kekayaan anda secara keseluruhan.... bak kata orang tua2 langit x selalu cerah...adakala mendung ditengah hari.... kalau hujan mcm ner plak xkan basah diwatnyer ( hehehe ).... apa2 pun sebagai pelabur kita kena sentiasa bersedia untuk menghadapi sebarang ketidaktentuan ekonomi global... semoga perkongsian kali ini memberikan sedikit input kepada kawan2 semua... kesimpulanya...jadikan emas sebagai insuran kepada setiap ringgit yang anda simpan ....ok2 rasanya cukup sampai sini lain kali saya syer lagi ok...bye**** tc ;)