Tuesday, October 7, 2014

ASB PELABURAN YANG MENGUNTUNGKAN….

Amanah saham bumiputera merupakan antara  pelaburan  amanah saham yang dijamin oleh kerajaan. Menabunglah dari sekarang kerana masa merupakan penentu kepada keuntungan sesuatu pelaburan melalui kompaun  yang berlaku. Menyimpan memerlukan kesabaran  dan motivasi yang tinggi. Kebanyakan bumiputera sekarang lebih selesa memilih pinjaman untuk melakukan pelaburan, bagi aku tak salah pun asalkan ada inisiatif untuk menabung tapi aku lebih suka menabung secara bulanan melalui gaji…. Senang je kadang2 aku g pejabat pos kalau dah malas sangat transfer je pakai maybank2u hasilnya alhamdullilah dah mencecah 5 digit sudah. Kalau dapay banyak kita simpan banyaklah kalau dapat sedikit kita simpan sedikit la fleksible x perlu risau komitmen bayar bulanan dekat bank hehehehe….aku rasa 3 bulan lagi target boleh dapat 6 digit hehehe mudahan2… 3 tahun masa aku ambil untuk memenuhkan separuh daripada had simpanan ASB ni. Orang tua-tua penah cakap dimana ada kemahuan disitu ada jalan… x hairanlah ada orang kaya dan miskin… untuk jadi kaya bukan bergantung kepada berapa banyak gaji kita atau berapa lama kita bekerja tapi bergantung kepada berapa banyak kita menabung setiap bulan. X guna kalau gaji besar tapi semua potong wat bayar hutang yang x berguna…mudahan2 perkongsian ini member motivasi kepada kita bersama… .
orang berjaya adalah orang yang tidak memberi alasan....