Saturday, March 17, 2012

DILEMA BARANG KEMAS...PELABURAN ATAU PEMBAZIRAN...


salam sejahtera...

lama juga saya x tulis blog bukan apa sibuk dengan keje2 kat ofis...hehehe...so pos kali ni saya nak kongsikan pilihan emas yang ada dalam pasaran terutamanya dinegara kita ini dan kelebihanya...bukan apa ada org cakap beli dinar...jongkong...lebih baik dari beli barang kemas...bagi pendapat saya sume itu bergantung kepada niat sebenar kita memiliki emas...nah berbalik kepada pilihan emas yang ada di Malaysia ni...jom kita tengok perbezaan anatara barang kemas dan jongkong serta dinar dalam kontek pelaburan...

barang kemas sering kali dikatakan sebagai emas bukan pelaburan ...pendapat ini benar dari konteks pelaburan namun perlu di ingatkan barang kemas bole menjadi harta yang boleh memberikan pulangan lumayan juga dan boleh diwarisi kepada anak cucu kita nanti...jika kita beli barang kemas walawpun spreadnya dikatakan besar dan tidak sesuai dijadikan pelaburan sekitar 20 – 25% tetapi emas ini bole dimiliki terus oleh pemiliknya tanpa perlu menjualnya kepada pihak syarikat yang menjual produk tersebut…mesti ramai akan cakap habis mcm mana nak pusing modal kalau dah x boleh dapatkan untung…hehehe…mcm biasa la kitakan ada sistem pajak gadai islam ( arrahnu) yg kini tumbuh mcm cendawan kat Malaysia ni…bila kita arrahnu emas yg kita pajak itu masih boleh dimiliki semula dan hanya dikenakan cas penyimpanan…jadi emas itu masih dimiliki oleh pemiliknya…perkara yg berbeza dengan jongkong dan syiling emas kerana buat masa sekarang arrahnu tertentu sahaja yg menerima untuk pajakan.
Nah…jadi berbalik kepada niat kita jika tujuan kita untuk melindungi harta kita dari inflasi maka emas adalah komoniti yg paling sesuai… diingatkan barang kemas juga merupakan bentuk pelaburan…dan merupakan harta yg dapat diwarisi…Cuma barang kemas memerlukan masa yg agak lama untuk memberikan keuntungan berbanding jongkong dan dinar…
JIKA ASALNYA EMAS …BENTUK APA PUN TERHASIL…DIA TETAP EMAS DAN BERNILAI…JADI PILIH LA EMAS UNTUK MELINDUNGI KEWANGAN ANDA UNTUK MASA AKAN DATANG….BERINGAT SEBELUM TERLAMBAT…BAK KATA ORG TUA2 SEDIAKAN PAYUNG SEBELUM HUJAN….:) SEKADAR PERKONGSIAN PENDAPAT…

No comments: