Friday, March 1, 2013

Jom menabung...



Salam sejahtera …
Apa khabar sume pembaca blog gedung emas. Semoga sihat hendakNya…hari ni saya ingin berkongsikan pengalaman saya sebagai seorang pelabur dan penabung…saya rasa bukan saya saja yang menabung dalam dunia ni tapi masih banyak masyarakat diluar sana yang masih tidak faham kenapa mereka perlu menambung demi masa depan…bercakap tentang menabung kelihatan sesuatu yang mudah namun bagi melaksanakanya sesuatu yang sukar bagi mereka2 yang benar tidak bersungguh-sungguh dalam mencapai matlamat hidup…
Bagi seorang yang bermotivasi mencapai kebebasan kewangan merupakan yang tidak mustahil untuk dicapai namun, perkara yang perlu dielakan adalah berhutang. Perkara ini yang sentiasa diambil mudah orang masyarakat kita sekarang ini…terutama bumiputera. Ada juga dalam kalangan bumiputera yang lebih selesa berimejkan mewah…kereta mewah ..berpakaian berjenama…makan di restoren mewah… semua ini tidak salah jika kita mampu namun kebanyakan dari kita masih leka sehinggakan ada yang terjerat dengan hutang seperti pinjaman peribadi…pinjaman kereta …hutang kredit kad…sehingga akhirnya diistihar muflis …
Kebanyakan daripada anak muda kita yang baru masuk alam pekerjaan tidak dapat mengawal nafsu untuk berjimat cermat dengan alas an hidup muda untuk dinikmati akhirnya susah di kemudian hari… ayuh kita ubah minda kita elakan pinjaman bank jika hanya untuk meningkatkan liability yang hanya akan membebankan hidup kita dalam tempoh masa yang panjang…. Pinjaman yang baik adalah pinjaman yang dapat mendatangkan  pendapatan pasif kepada kita setiap bulan.
Ada juga yang melakukan pinjaman hanya semata2 untuk melabur dalam amanah saham tanpa membuat pertimbangan yang rasional…kerana bagi mereka dividen yang diberikan adalah berbaloi dengan apa yang dipinjam.. menabunglah menggunakan duit sendiri agar dapat mengaut keuntungan bersih tanpa sebarang  kebocoran keuntungan… saya beri contoh sya mula kerja hanya bebekalkan RM 250 sahaja berkat menabung RM 250 ini telah Berjaya menjadi RM 40 000  dalam masa 2 tahun… bagi sesetengah org Rm 40K bukan sesuatu jumlah yang besar kerana mereka bole dapat Rm 200K dengan pinjaman….beza disini adalah RM 40K itu adalah wang anda sendiri tanpa ada bekerja untuk orang lain… pepatah melayu ada mengatakan berakit2 dahulu berenang kemudian bersakit2 dahulu besenang2 kemudian… biarlah kita susah2 dulu insyallah suatu hari nantu berkat kesabaran kita  akan memperolehi kebebasan kewangan yang unggul insyaAllah…

No comments: