Saturday, March 9, 2013

KELEBIHAN PELABURAN AMANAH SAHAM BUMIPUTERA (ASB)


Salam sejahtera dan salam pelaburan…
Topic  Yang akan saya kupas pada hari ini adalah berkaitan dengan pelaburan yang melibatkan “fiat money” . Pernah saudara atau saudari dengar perumpaaan melayu yang berbunyi berakit-rakit dahulu berenang2 ketepian bersakit2 dahulu bersenang2 kemudian…klu kita amati perumpaaan ni banyak mengajar kita erti kesabaran dalam mengecapi kejayaan dikemudian hari.
Ramai orang ada sumber pendapatan tapi tidak ramai orang yang ada simpanan yang banyak malah ada juga yang langsung tidak memulakan simpanan hari tua mereka. So hari ni saya akan terang serba sedikit cara kita melabur tapi saya focus kan kepada pelaburan yang paling popular dalam kalangan bumiputera di Malaysia ni. Ramai golongan bumiputera yang masih leka dan tidak mahu mengambil peluang yang disediakan oleh pihak kerajaaan  dalam meningkatkan kekayaan mereka malah ada yang lebih gemar berhutang daripada menyimpan semata2 untuk mencapai keselesaab hidup yang sementara.
Amanah saham bumiputera atau ASB merupakan unit amanah saham yang khusus disedikan oleh kerajaan kepada bumiputera di Malaysia bagi meningkatkan pendapatan pelaburan mereka. Berikut merupakan antara kelebihan ASB berbanding dengan unit amanah dan pelaburan yang lain.
(1) pelaburan yang dibuat tidak melibatkan perubahan nilai unit yang dibeli iaitu RM1 seunit walawpun kegawatan ekonomi berlaku.
(2) Pelabur ASB bole melakukan sebarang urusan penambahan dan penjualan unit di beberapa agen yang dilantik seperti Maybank, Cimb bank , RHB dan pejabat pos Malaysia.
(3) ASB merupakan unit yang cair dan bole dijual pada bila2 masa pada waktu pejabat tanpa sebarang masalah.
(4) Pelabur juga bole menambah unit mereka pada bila2 masa menggunakan perkhidmatan online banking seperti maybank2u dan cimb clicks.
(5) jumlah maksimum unit sebanyak 200 000 bagi setiap pelabur menguntungkan pelabur dalam jangka masa yang panjang.
(6) ASB juga bole dibuka untuk kanak2 dan remaja ini bole member peluang kepada anak2 untuk mula melibatkan diri dalam duniapelaburan.
(7) ASB juga bole ditukarkan kepada sijil dan sijil ini bole dicagarkan kepada pihak bank dalam membuat OD ( overdraf) dalam beroleh pinjaman bercagar.
Permulaan yang baik insyallah akan menghasilkan hasil yang baik jadi  kepada yang belum mempunyai akaun ASB buka la segera kerana banyak faedah yang bole diperolehi untuk melindungi kesejahteraan keluarga kita dimasa akan datang.

1 comment:

Unknown said...

http://lemangpanas90.blogspot.com/2015/06/kebaikan-pelaburan-asb.html
Kebaikan Pelaburan ASB.