Friday, July 11, 2014

CARA MENJADI ORANG KAYA




Kekayaan merupakan perkara penting dalam menentukan ekonomi seseorang individu. Terdapat pelbagai langkah yang boleh di ambil dalam memastikan seseorang individu itu menikmati kebebasan kewangan seterusnya bergelar orang kaya atau jutawan. Berikut merupakan antara langkah yang boleh diambil dalam memastikan kita semua bergerak kehadapan dalam menjadi orang kaya.
pengurusan kewangan menjamin masa hadapan..

PERTAMA : PENGURUSAN HUTANG
Perkara penting dalam memastikan keberhasilan seseorang individu menjadi kaya adalah dengan menguruskan segala hutang piutangnya dengan baik dan sistematik. Perkara ini penting dalam memastikan segala hutang yang dilakukan dapat dibayar tepat pada masanya bagi mengelakan diistihar muflis dan seterusnya menyebabkan seseorang individu berada dalam keadaan yang tidak stabil dari segi kewangan.

KEDUA : AMALAN MENYIMPAN WANG
Antara sikap yang terpenting dalam menjadi orang kaya adalah dengan menjadikan amalan menyimpan sebagai tabiat kehidupan.  Dengan melakukan simpan secara tidak langsung menjadikan seseorang itu lebih kaya selari dengan peredaran masa, jadi tidak hairan lah kalau kita lihat ramai orang kaya makin kaya. Menyimpan juga memerlukan strategi yang berkesan, jika menyimpan dengan cara tradisional ini akan menyebabkan wang kita tidak dapat berkembang dan member pulangan  dalam jangka masa yang lama oleh itu lakukan pelaburan dalam mana-mana instrumen kewangan yang diiktiraf oleh bank Negara bagi mengelakan berlaku penipuan.

KETIGA : MENGUMPUL  ASET.
Kebanyakan orang kaya lebih cenderungan untuk mengumpul aset berbanding liabiliti. Perkara ini penting kerana aset merupakan wahana penting yang dapat meningkatkan nilai kekayaan seseorang individu dalam jangka masa yang lama. Oleh yang demikian ,jika kita ingin menjadi seoarang yang kaya wajib bagi kita untuk mengetahui dengan lebih mendalam kelas-kelas aset dan libailiti supaya kita tidak melakukan kesilapan dalam membelanjan duit yang ada pada diri kita dan setrusnya menyebabkan kerugian yang besar dimasa akan datang.

KE EMPAT:  MELAKUKAN PENIAGAAN/SUMBER PENDAPATAN PASIF
Peniagaan merupakan kunci utama dalam meningkatkan kekayaan seseorang. Namun dalam melakukan peniagaan seseoarang itu perlulah memastikan mereka mempunyai ilmu yang mencukupi dan mempunyai jaringan pemasaran yang mantap bagi memastikan peniagaan yang dilakukan dapat  memberikan pulangan yang maksimum kepada mereka. Bagi yang makan gaji pula mencari pendapatan pasif  dapat meningkatkan sumber pendapatan mereka dan seterusnya dapat menjadi pulangan tambahan seterusnya meningkatkan kekayaan mereka.
Terdapat banyak lagi langkah-langkah yang kita boleh ambil dalam meningkatkan  kekayaan kita dimasa akan datang. Tindakan awal sesorang itu dapat mengubah kehidupannya dimasa akan datang. Walaw apa pun yang kita lakukan pastikan setiap harta yang dicari itu dibersihkan dengan berzakat dan pastikan kita menggunakan segala kekayaan yang dianugerahkan oleh Allah swt ke jalan yang diredhainya agar kehidupan kita diberkati didunia mahupun diakhirat kelak.

No comments: