Monday, May 12, 2014

BAJET DEFISIT VS BAJET SURPLUS




Selamat sejahtera semua pembaca blog warehouse wealth semoga semua sihat-sihat hendakNya. Hari ni nak bincang sedikit mengenai bajet deficit dan bajet surplus. Kedua-dua jenis bajet ini penting dalam menentukan hala tuju kewangan sesebuah Negara, syarikat atau seseorang individu itu. Tetapi untuk kali ini kita cakap mengenai individu saja dan bagaimana bajet ini mempengaruhi seseorang dalam mengecapi kebebasan kewangan dan juga pembelajaan mengikut kemampuan tanpa menghadapi masalah dalam kehidupan harian berkaitan dengan kewangan.
Menurut pembacaan admin, bajet deficit bagi individu bermaksud /terjadi apabila seseorang idividu itu berbelanja lebih berbanding pendapatan dimana mereka lebih suka mengumpul banyak hutang dan kesanya mungkin menyebabkan individu berkenaan  akan diistiharkan muflis jika didapati tidak dapat menyelesaikan hutang mereka.
Bajet surplus pula merupakan bajet dimana terdapat lebihan pendapatan ke atas pebelanjaan bagi seseorang individu bagi tempoh masa tertentu. Dalam memastikan setiap individu mempunyai bajet surplus mereka perlu meningkatkan sumber pendapatan agar sumber pendapatan adalah melebihi perbelanjaan mereka dimasa akan datang. Perkara ini penting dalam menghasilkan /memastikan kelangsungan ekonomi yang mampan kepada individu berkenaan.
Namun admin berpendapat dalam memastikan seseorang individu mempunyai sumber pendapatan berlebihan, tidak bermaksud mereka perlu hidup dengan mengurangkan perbelanjaan sebaliknya mereka perlu menukarkan “konsep perbelanjaan” selepas gaji sebagai simpanan atau pelaburan. Ini bererti selepas gaji seseorang individu perlulah melakukan pelaburan atau simpanan tanpa gagal dan meletakan perkara ini sebagai perbenjaan wajib bagi mereka dalam menghasilkan bajet surplus dan seterusnya meningkatkan kekayaan bagi seseorang individu sepanjang kehidupan mereka.
Admin berharap perkongsian tidak seberapa ini dapat dijadikan sebagai ilmu kepada semua pembaca warehouse wealth.  Terima kasih kerana sudi meluangkan masa membaca blog admin..support admin untuk keluarkan lebih banyak artikel yang lebih berkualiti dimasa akan datang dengan klik kepada iklan yang terdapat dalam blog ini sebagai tanda sokongan anda… TERIMA KASIH DAUN KELADI …DAN DATANG LAGI…J

1 comment:

Anonymous said...

:)