Sunday, May 4, 2014

RAMALAN DIVIDEN ASB BAGI TAHUN 2014



Ramalan Dividen ASB 2014
Pada tahun 2013 PNB Telah mengumumkan agihan pendapatan bagi amanah saham bumiputera sebanyak 7.70% ( dividen ) manakala 1.00% ( agihan bonus) kepada semua pemegang unit amanah ASB.  Bagi pendapat saya dividen ASB tahun ini akan mengalami peningkatan berbanding tahun 2013 atas faktor ekonomi Negara yang akan dipancu oleh kemasukan pelaburan asing hasil rundingan kerajaan dengan pihak luar.
Hasil daripada pemerhatian saya keatas agihan pendapatan ASB sejak dipekenalkan menunjukan apabila OPR dinaikan oleh bank Negara agihan pendapatan ASB juga meningkat berbanding ketika pengumuman OPR yang lebih rendah. Menurut daripada pembacaan saya  pada tahun ini berkemungkinan OPR akan meningkat sekali gus akan meningkatkan agihan pendapatn pemegang unit ASB. Namun perkara ini  sesuatu yang kurang enak didengari bagi individu yang membuat pinjaman bank kerana peningkatan OPR ini akan menyebabkan BLR sesuatu pinjaman akan meningkat dan menyebabkan kadar interest pinjaman ( bayaran bulanan) akan meningkat.
Saya meramalkan dividen tahun ini akan meningkat sekurang2nya 1 % sama ada bagi dividen atau bonus ( hehe …harap2 betul) bukan apa dividen tahun 2013 telah merosot berbanding dengan pada tahun 2012. Bagi saya sesuatu perlu dilakukan oleh pihak PNB dalam memastikan keadaan ini berubah dan sekali gus meningkatkan keyakinan pelabur seperti saya dimasa akan datang…apa pun kita kena sentiasa berusaha meningkatkan kewangan kita bagi memastikan kelangsungan ekonomi kita dan keluarga dimasa akan datang…:)


No comments: